Mutiara
Swarovski juga dikenali sebagai Mutiara Kristal Swarovski. Ia satu-satunya mutiara
tiruan yang
dicipta dengan menggunakan kristal Swarovski sebagai bahan asas. Penggunaan
kristal sebagai bahan asas telah menghasilkan mutiara tiruan yang sangatrealistik.
Swarovski telah mencipta satu teknik yang unik
untuk membuat mutiara swarovski kelihatan seperti mutiara asli. Swarovski
menghasilkan kaedah pertama di dunia yang menggabungkan kristal dengan salutan
mutiara yang indah. Mutiara Kristal Swarovskibenar-benar
menakjubkan dan telah dicipta khas untuk kelihatan seakan-akan mutiara yang sebenar dengan
menggabungkan salutan mutiara di atas kristal yang digerudi. Lapisan inovatif
khas memastikan replika mutiara semulajadi yang sempurna dan memberikan cahaya
seperti dipancarkan dari dalam mutiara itu sendiri. Mutiara Swarovskiserupa dengan mutiara asli bukan sahaja dalam
dari segi penampilan dan saiz tetapi juga dalam keupayaan untuk menyesuaikan
diri dengan suhu badan anda. Mutiara Swarovski mempunyai
kilauan harmoni dan berseri yang dicapai oleh teknologi salutan khas yang
dibangunkan oleh Syarikat Swarovski.
Mutiara
Kristal Swarovski dihasilkan di bawah syarat-syarat yang ketat dan kualiti yang sempurna. Pemeriksaan tahap
kualiti mereka memberi jaminan penuh bahawa mutiara mereka mempunyai kemasan
sempurna, konsisten, dan saiz yang seragam. Swarovski
menggunakan teknologi canggih yang baru, menghasilkan lapisan ibu mutiara yang
sama rata kepada teras kristal. Teknologi inovatif ini membolehkan fleksibiliti
dalam variasi warna dan nada harmoni yang menghasilkan cahaya indah mutiara
itu. Penggunaan kristal sebagai bahan asas adalah faktor yang membezakan
mutiara Swarovski berbanding mutiara tiruan yang lain. Mutiara Swarovski yang
telah siap mempamerkan penampilan yangjauh
lebih bercahaya berbanding
mutiara tiruan yang lain.
Mutiara
tiruan lain mempunyai beberapa kelemahan. Antaranya, semburan minyak wangi atau
peluh boleh menyebabkan mutiara tiruan plastik kehilangan salutan mutiaranya.
Kerana mutiara palsu mudah tercalar, aktiviti membersih adalah sangat sukar.
Tetapi bagi Mutiara Swarovski, ia boleh dibasuh dan tidak
mudah terdedah kepada kerosakandari minyak wangi atau peluh. Ia
juga tahan calar. Suhunya
cepat disesuaikan dengansuhu badan si pemakai.
No comments:
Post a Comment