Salam,
Semalam aku pegi derma darah dengan group member aku. Program ni anjuran Kelab Komuniti kolej dengan Blood Bank Hospital Pulau Pinang..Exctited gila nak join konon terpengaruh dengan slogan derma darah tu..
SO waktu lunch dalam 11.40am tu kitorang balik makan kat kolej pastu terus gerak gi Dewan Matahari utnuk derma darah..Alhamdulillah setelah melepasi semua checkpoint,aku layak menderma darah..Seronok tak terkira sebab last aku derma 4 julai tahun lepas...kira dah lama tak derma lepas first time aku derma tu...yg ni yang second time punya..
Lepas derma ingatkan kena balik wad terus rupanya lecturer suruh balik bilik rehat...Haha kitorang dengan 'jual ikan'nya terus balik bilik,tukar baju,terus tidur...Maka tinggallah sorang lagi member yang tak layak derma darah tu sorang2 kat wad..
Nak dijadikan cerita,lepas derma darah tu asyik dahaga je..Habis air sebotol mineral besar tu aku minum,siap topup lg setengah botol spare tepi katil.. Dalam pukul 12 tengah malam tu aku dah rasa pening2 sikit dengan dahaga kesan kehilangan darah yang banyak tu...Mengantuk takyah cerita la...Tah berapa kali aku reply WeChat sambil pejam mata
Pukul 2.30 am tetiba je aku terbangun sebab nk pass urine...empangan dah nak pecah tp mata mengantuk sangat2,badan lemah,bibir rasa kebas tapi aku gagahkan jugak bangun pegi toilet yang selang satu bilik je dari bilik aku sebelum sesuatu yang lebih buruk terjadi..nasib baik aku tak pengsan disebabkan Postural Hypotension...
Pagi tu aku bangun lewat walaupun aku kerja syif pagi....patutnya aku bangun 5.30am tapi terlajak ke 6.20am..Tu pun lepas wawa datang gegar pintu bilik dan roomate aku bantu kejut aku..Kalau tak aku tak tau pukul berapa baru pegi kerja..
Huhu,derma kali ni aku ambik masa jugak untuk recover..Kira lebih kurang 24 jam jugak la baru aku ok..
lepas ni kalau nak derma darah lagi kena standby folic acid siap2...huhu.. ;-)
No comments:
Post a Comment